Family saya suka asam pedas.Kalau asam pedas, saya suka tetel dan daging sebab nanti kuahnya bertambah tambah pekat.
Sedap dimakan hari esoknya.Pastikan tetel betul betul lembut.
Asam Pedas Tetel dan Daging
Bahan Bahan
1/2 kilo Tetel dan sedikit daging direbus sehingga lembut dengan paras air menutupi daging. Biarkan sejuk simpan dalam peti ais. Nanti isi dan air daging akan beku.
bahan kisar
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
sedikit belacan
250g cili kisar
daun kesum dalam 6 tangkai (lebih pun tak pe)
1 batang bunga kantan
2 inci lengkuas (titik)
2 batang serai (titik)
1 tbsp halba.
1 1/2 tbsp asam jawa dilarutkan dalam 1 cawan air (nak masam, tambahkan)
1 batang terung panjang
500-1 liter air tambahan
minyak untuk menumis
garam
-Panaskan minyak.
-tumiskan halba, serai dan lengkuas. Masukkan bahan kisar. Tumis sehingga wangi.
-Masukkan cili kisar. Tumiskan sehingga pecah minyak. (pastikan pecah minyak untuk kuah yg cantik)
-Masukkan daun kesum, bunga kantan, air asam jawa.
-Masukkan campuran daging + tetel dan air daging. Masak sehingga pekat. Adjust kepekatan dengan tambah air dalam 500 - 1 liter air. Masukkan garam dan terung yg dihiris
Kuah ni bila dah masak, lama lama dia akan pekat. boleh tambah air lagi .Resepi ini basic, anda boleh adjust kepekatan, masam asam jawa dan garam ikut suka.
0 comments:
Post a Comment