Dec 11, 2014

Cayangdqte Blog: Rempah Ratus - Buat Rempah Sendiri: Petang tadi, sementara mengunting kain langsir untuk persiapan menjahit langsir raya aku mataku melirik kepada satu rancangan realiti.  Sele...

May 20, 2014


Neber hujung bagi daun kaduk. Selain dari masak lemak, menu Mieng Kham ni terlintas di kepala.
Buat sos senang sahaja. Bahan-bahan untuk dimakan bersama pun ada kat rumah. Mieng Kham ni banyak khasiatnya. Menu dari Thailand. Best kalau makan berjemaah.

Resepinya:
daun kaduk basuh dan lap.

sos
150g gula melaka
30g bawang besar @ 1biji sedang
1 inci lengkuas
1/3 cawan kelapa hawai (bakar sebentar)
2 tbsp fish sos
1 cawan air
2 batang cili api
1 1/2 tbsp tepung jagung


-masakkan gula merah, air bersama hirisan bawang, cili api dan lengkuas. masukkan fish sos.
-bila mendidih masukkan kelapa hawai.
biarkan sejuk. blend semua bahan dan tapis.
-didihkan kembali dan akhir sekali masukkan tepung jagung dan kacau sehingga mendidih

Cara hidangan:
gulung daun kaduk seperti kon. cucuk dengan pencungkil gigi.
serve dengan isi bahan ni :
-kelapa hawai. saya panggang dalam oven
-udang kering sangai
-kacang goreng (cincang kasar)
-bawang merah dadu kecil
-limau nipis (dadu isi)
-halia dadu kecil (saya tak bubuh)
last curahkan sos dan balut macam makan sireh.
resepi ni sedap pakai isi kelapa yg dihiris kasar dan dibakar. saya guna kelapa hawai sbb stok banyak.

May 12, 2014

Nostalgia kalau raya dulu mesti pergi rumah Tok Uda. Sbb kari Tok Uda yang pekat tu menjadi favourite kami.Saya try masak kari, kenapa tak macam dia. Hari ni saya masak Kari kapitan. Yes, rasa dah macam masakan beliau. Nama ajer kari. Tapi rempah kari dan daun kari tak ada pun. Sesuai untuk warga malaysia yg tinggal oversea yg susah dapat daun kari fresh.

Kari Ayam Kapitan

Setengah ekor ayam.
2 batang serai

Bahan kisar.
2 biji bawang besar
8 ulas bawang putih
2 batang lada merah
2 inci kunyit hidup (saya pakai 1 tbsp serbuk kunyit)
2 inci halia

8tbsp cili kisar
5 biji buah keras, tumbuk halus.
setengah keping asam keping
1 tin susu cair carnation
100ml air
garam secukup rasa.

Cara membuatnya:
-Panaskan minyak.Masukkan serai yg dititik. Tumis bahan kisar sehingga naik bau.
-Masukkan cili kisar dan tumis sehingga pecah minyak. Masukkan buah keras.
-Masukkan ayam. masak seketika.
-Masukkan susu cair , air dan asam keping. Perisakan dengan garam.
-Kalau pekat sangat, boleh tambah air lagi ikut suka.

Bila hidang, taburkan daun limau purut yg dihiris.Saya tak ada stok. Lauk ni sedap dimakan dengan nasi. Lauk begini boleh dimakan dengan ketupat dan lemang juga.



May 8, 2014


Family saya suka asam pedas.Kalau asam pedas, saya suka tetel dan daging sebab nanti kuahnya bertambah tambah pekat.
Sedap dimakan hari esoknya.Pastikan tetel betul betul lembut.

Asam Pedas Tetel dan Daging


Bahan Bahan
1/2 kilo Tetel dan sedikit daging direbus sehingga lembut dengan paras air menutupi daging. Biarkan sejuk simpan dalam peti ais. Nanti isi dan air daging akan beku.

bahan kisar
3 biji bawang besar
5 ulas bawang putih
sedikit belacan

250g cili kisar
daun kesum dalam 6 tangkai (lebih pun tak pe)
1 batang bunga kantan
2 inci lengkuas (titik)
2 batang serai (titik)
1 tbsp halba.
1 1/2 tbsp asam jawa dilarutkan dalam 1 cawan air (nak masam, tambahkan)
1 batang terung panjang
500-1 liter air tambahan
minyak untuk menumis
garam

-Panaskan minyak.
-tumiskan halba, serai dan lengkuas. Masukkan bahan kisar. Tumis sehingga wangi.
-Masukkan cili kisar. Tumiskan sehingga pecah minyak. (pastikan pecah minyak untuk kuah yg cantik)
-Masukkan daun kesum, bunga kantan, air asam jawa.
-Masukkan campuran daging + tetel dan air daging. Masak sehingga pekat. Adjust kepekatan dengan tambah air dalam 500 - 1 liter air.  Masukkan garam dan terung yg dihiris

Kuah ni bila dah masak, lama lama dia akan pekat. boleh tambah air lagi .Resepi ini basic, anda boleh adjust kepekatan, masam asam jawa dan garam ikut suka.





Kalau tak der lauk, makan nasi dengan acar ikan masin sahaja dah sedap. Simpan stok untuk hari hari lain. Bulan puasa boleh simpan stok. Saya suka masak acar ni sebab satu rumah bau wangi. Ni resepi yg saya buat untuk makan sendiri. Kalau untuk meniaga tu saya tak pasti macam mana nak adjust ketahanan dia. selalu saya simpan sebulan ajer lepas tu habis.

Acar Ikan Masin Talang

250g isi ikan masin talang (rendam , tos tukar air beberapa kali dalam sejam lebih)
minyak secukupnya utk goreng ikan

Bahan tumbuk/kisar
3 biji bawang besar
2 inci halia
2 inci kunyit hidup

rempah
1 tbsp ketumbar
1 tbsp jintan putih
1 tbsp jintan manis
(sangai dan kisar)

2tbsp cili kisar
1 tsp serbuk kari
1 tbsp biji sawi
2 batang daun kunyit
3/4 cawan cuka
1/2 cawan air
2 tbsp gula
1 1/2 cawan minyak (boleh tambah ikut suka)

hiasan
12 biji cili api
10 biji bawang merah kecil
5 biji bawang putih

Cara membuatnya:
-Panaskan minyak. Goreng ikan masin sebentar. Angkat dan tos
-tukar minyak baru, masukkan 1 1/2 cawan minyak.
-Tumis bahan kisar spt bawang, halia dan kunyit. Masukkan daun kari.Tumis sehingga wangi.
-Masukkan rempah kisar dan cili kisar tumis sehingga terbit minyak.
-Masukkan cuka, gula dan air. Masukkan bahan hiasan spt bawang merah, bawang putih dan cili api.
-Akhir sekali masukkan ikan masin. Rasa dan adjust ikut suka.
-Masak acar ni kena ada masam cuka dan manis gula. Kalau perlu tambah garam



Apr 23, 2014

Menu orang jawa. Kalau dapat ayam kampung lagi best...liat liat sikit. Kalau raya, menu ni paling mudah dan cepat disiapkan. serve dengan lemang best.

Ayam Masak ungkep

setengah ekor ayam
Minyak untuk menumis
3 helai daun bay kering
asam keping
2 batang serai dititik
garam
gula merah
air paip

Bahan kisar
-10 biji bawang merah
-6 ulas bawang putih
-1 inci halia
-1 inci lengkuas
-4 biji buah keras
-2 batang lada hijau
-2 batang lada merah
-15 batang cili padi (campur merah dan hijau kalau suka)
-kunyit hidup (saya pakai 1 tbsp kunyit serbuk)
-1 tbsp serbuk ketumbar
-1 tsp serbuk jintan manis
-1 tsp serbuk jiintan putih

Panaskan minyak. Tumis daun bay dan serai sehingga naik bau. Masukkan semua bahan kisar. Tumis sehingga rencah masak. Masukkan ayam dan air paras tutup ayam. Perisakan dgn garam dan gula merah.Bubuh asam keping ikut suka Masak sehingga kuah pekat.

saya olah sikit:
-saya siatkan daun kunyit
-saya letak 2 tbsp santan

aroma ketumbar dan jintan membuatkan lauk ni sedap dan senang nak buat. Sedap dibuat dengan ayam tua atau ayam pencen atau kaki ayam. selamat mencuba dari org yg tak berapa jawa ni.

Hari tu saya buat kering..kali ni saya bagi berkuah sebab sedap..serbuk ketumbar tu boleh lebihkan jadi 2 tbsp kalau suka.
Menu simple tapi sedap. Boleh buat banyak banyak untuk stok. Sedap makan dengan bubur , nasi dan kalau saya suka makan dengan roti. Kalau balik kampung teluk intan, ikan bilis sana cantik dan murah. Berbaloi.. 

Serunding Ikan Bilis

200g ikan bilis dah siang
3 ulas bawang besar
5tbsp cili boh
1 tbsp sos tiram
2 ulas bawang putih belah dua
1 asam keping kecil
masukkan ikan bilis dan bawang dalam mesin food processor.gaul dengan sos tiram, cili boh dan asam keping.
panaskan minyak. masukkan bawang putih sampai naik bau.masukkan bahan lain.goreng sampai kering.perisakan dengan garam. jgn lupa pakai non stick pan ya
Menu ni sedap dimakan sejuk. Tapi tak boleh makan banyak kalau badan banyak angin. 

kastard labu @ sankaya
1 labu kecil berat 2.2kg
4 telor A
10tbsp caster sugar 
1 tsp vanila
secubit garam
2tbsp kastard
1 kotak kecik santan kara
labu dipotong bahagian atas. korek biji dan sabut.
bahan2 kastard diramas dengan tangan shj. ( blender nanti banyak bubble)
curah dalam labu. cover dengan aluminium foil. kukus selama 1j 15min atau sehingga masak api sedang. cucuk untuk test. penutup labu juga dikukus.balut dan letak bersama labu tadi.
sejukkan semalaman baru potong.
banyak versi di internet.ni saya bust ikut naluri lepas baca beberapa resepi. ada yg guna kuning telur. ada yg tak ada kastard.selamat mencuba.pastikan sejuk betul baru potong


Siapa suka makan roti di subway...bole try resepi ni.

1 1/2 cups water
1/2 cup liquid honey
1/3 cup butter
5 1/2 cups all-purpose flour, divided
1/2 cup quick-cooking oats
2 teaspoons salt
2 teaspoons active dry yeast
2 large eggs
1 teaspoon cold water
1 large egg white
1/2 cup quick-cooking oats

-In a medium saucepan, combine water, honey and butter.
-Heat over low heat until liquids are warm (120 F to 130 F.) DO NOT BOIL.
-In a large bowl or a bread mixing machine, add 5 1/2 cups of flour, cooking oats, salt and yeast; mix to blend.
-Gradually mix in warm liquids and mix until liquids are absorbed.
-Add eggs and mix for about 3 minutes until all ingredients are well mixed together.
-Remove dough
-Knead for about 5 minutes until dough is nice and smooth.
-Roll dough into a ball and place in a lightly greased bowl, turning to grease the top.
-Cover and let rise in a warm area until dough is doubled in bulk, about 1 hour.
-Punch dough down and divide into 8 equal pieces.
-Roll dough out into the shape of a log, about 12 inches long and about 1 1/4 inches round.
-Place dough log buns on 2 large cookie sheets lined with parchment paper, (4 on each sheet)and spaced.
-Cover and let rise in a warm area until doubled in size, about 1 hour.
-Preheat oven to 200’C
-In a small bowl, combine cold water and egg white and whisk until frothy.
-Brush tops of loaves with egg mixture.
-Sprinkle quick cooking oats over the top surface of the loaves.
-Bake in preheated 200’C oven for 20 to 25 minutes or until top is lightly browned and the bread sounds hollow when tapped.
Cool buns on a wire rack.


Menu Filipina. Sesuai utk party. Colek pate ni dengan biskut kering. Saya jatuh cinta pertama kali makan.


CHICKEN LIVER N PISTACHIO PATE (Mas E/1mas2ra)
200gm chicken liver-wash and boiled

B/To saute
¼ cup butter
1big onion-sliced
3tsp minced garlic
1 bay leaf (saya pakai yg dry)
4 stalks fresh thyme (saya bubuh 1 tsp dry thyme)
1 -1 ½ tsp salt
1tsp pepper

C/
¼ cup melted butter
¼ cup double cream
150gm pistachio-toasted and grind coarsely

D/Topping
¼ cup melted butter
¼ cup extra toasted pistachio


-Tumis bawang dan bawang putih. Masuk hati yg dah rebus, thyme and bay leaf. Tumis sehingga masak. Perisakan dengan garam dan black pepper. Tutup api, buangkan batang thyme dan daun bay. Biarkan sejuk.
-Dalam mesin processor, masukkan bahan tumis tadi dengan bahan C, Rasa dan kalau nak lebihkan garam atau pepper boleh tambah.Masukkan dalam bekas, cover dgn cling plastik dan simpan dalam peti sejuk sejam
Bila dah sejuk, tuang melted butter from D and sprinkle with extra pistachio.Saya parut sikit cheedar cheese. Cover and chill again. Take out 15 minutes before serving.
Pate boleh dimakan dengan biskut kering atau melba toast atau any type of toasted bread.Dont't worry, walaupun hati ayam..anda takkan perasan bila dah masak menu ni.