Apr 23, 2014

Menu orang jawa. Kalau dapat ayam kampung lagi best...liat liat sikit. Kalau raya, menu ni paling mudah dan cepat disiapkan. serve dengan lemang best.

Ayam Masak ungkep

setengah ekor ayam
Minyak untuk menumis
3 helai daun bay kering
asam keping
2 batang serai dititik
garam
gula merah
air paip

Bahan kisar
-10 biji bawang merah
-6 ulas bawang putih
-1 inci halia
-1 inci lengkuas
-4 biji buah keras
-2 batang lada hijau
-2 batang lada merah
-15 batang cili padi (campur merah dan hijau kalau suka)
-kunyit hidup (saya pakai 1 tbsp kunyit serbuk)
-1 tbsp serbuk ketumbar
-1 tsp serbuk jintan manis
-1 tsp serbuk jiintan putih

Panaskan minyak. Tumis daun bay dan serai sehingga naik bau. Masukkan semua bahan kisar. Tumis sehingga rencah masak. Masukkan ayam dan air paras tutup ayam. Perisakan dgn garam dan gula merah.Bubuh asam keping ikut suka Masak sehingga kuah pekat.

saya olah sikit:
-saya siatkan daun kunyit
-saya letak 2 tbsp santan

aroma ketumbar dan jintan membuatkan lauk ni sedap dan senang nak buat. Sedap dibuat dengan ayam tua atau ayam pencen atau kaki ayam. selamat mencuba dari org yg tak berapa jawa ni.

Hari tu saya buat kering..kali ni saya bagi berkuah sebab sedap..serbuk ketumbar tu boleh lebihkan jadi 2 tbsp kalau suka.
Menu simple tapi sedap. Boleh buat banyak banyak untuk stok. Sedap makan dengan bubur , nasi dan kalau saya suka makan dengan roti. Kalau balik kampung teluk intan, ikan bilis sana cantik dan murah. Berbaloi.. 

Serunding Ikan Bilis

200g ikan bilis dah siang
3 ulas bawang besar
5tbsp cili boh
1 tbsp sos tiram
2 ulas bawang putih belah dua
1 asam keping kecil
masukkan ikan bilis dan bawang dalam mesin food processor.gaul dengan sos tiram, cili boh dan asam keping.
panaskan minyak. masukkan bawang putih sampai naik bau.masukkan bahan lain.goreng sampai kering.perisakan dengan garam. jgn lupa pakai non stick pan ya
Menu ni sedap dimakan sejuk. Tapi tak boleh makan banyak kalau badan banyak angin. 

kastard labu @ sankaya
1 labu kecil berat 2.2kg
4 telor A
10tbsp caster sugar 
1 tsp vanila
secubit garam
2tbsp kastard
1 kotak kecik santan kara
labu dipotong bahagian atas. korek biji dan sabut.
bahan2 kastard diramas dengan tangan shj. ( blender nanti banyak bubble)
curah dalam labu. cover dengan aluminium foil. kukus selama 1j 15min atau sehingga masak api sedang. cucuk untuk test. penutup labu juga dikukus.balut dan letak bersama labu tadi.
sejukkan semalaman baru potong.
banyak versi di internet.ni saya bust ikut naluri lepas baca beberapa resepi. ada yg guna kuning telur. ada yg tak ada kastard.selamat mencuba.pastikan sejuk betul baru potong


Siapa suka makan roti di subway...bole try resepi ni.

1 1/2 cups water
1/2 cup liquid honey
1/3 cup butter
5 1/2 cups all-purpose flour, divided
1/2 cup quick-cooking oats
2 teaspoons salt
2 teaspoons active dry yeast
2 large eggs
1 teaspoon cold water
1 large egg white
1/2 cup quick-cooking oats

-In a medium saucepan, combine water, honey and butter.
-Heat over low heat until liquids are warm (120 F to 130 F.) DO NOT BOIL.
-In a large bowl or a bread mixing machine, add 5 1/2 cups of flour, cooking oats, salt and yeast; mix to blend.
-Gradually mix in warm liquids and mix until liquids are absorbed.
-Add eggs and mix for about 3 minutes until all ingredients are well mixed together.
-Remove dough
-Knead for about 5 minutes until dough is nice and smooth.
-Roll dough into a ball and place in a lightly greased bowl, turning to grease the top.
-Cover and let rise in a warm area until dough is doubled in bulk, about 1 hour.
-Punch dough down and divide into 8 equal pieces.
-Roll dough out into the shape of a log, about 12 inches long and about 1 1/4 inches round.
-Place dough log buns on 2 large cookie sheets lined with parchment paper, (4 on each sheet)and spaced.
-Cover and let rise in a warm area until doubled in size, about 1 hour.
-Preheat oven to 200’C
-In a small bowl, combine cold water and egg white and whisk until frothy.
-Brush tops of loaves with egg mixture.
-Sprinkle quick cooking oats over the top surface of the loaves.
-Bake in preheated 200’C oven for 20 to 25 minutes or until top is lightly browned and the bread sounds hollow when tapped.
Cool buns on a wire rack.


Menu Filipina. Sesuai utk party. Colek pate ni dengan biskut kering. Saya jatuh cinta pertama kali makan.


CHICKEN LIVER N PISTACHIO PATE (Mas E/1mas2ra)
200gm chicken liver-wash and boiled

B/To saute
¼ cup butter
1big onion-sliced
3tsp minced garlic
1 bay leaf (saya pakai yg dry)
4 stalks fresh thyme (saya bubuh 1 tsp dry thyme)
1 -1 ½ tsp salt
1tsp pepper

C/
¼ cup melted butter
¼ cup double cream
150gm pistachio-toasted and grind coarsely

D/Topping
¼ cup melted butter
¼ cup extra toasted pistachio


-Tumis bawang dan bawang putih. Masuk hati yg dah rebus, thyme and bay leaf. Tumis sehingga masak. Perisakan dengan garam dan black pepper. Tutup api, buangkan batang thyme dan daun bay. Biarkan sejuk.
-Dalam mesin processor, masukkan bahan tumis tadi dengan bahan C, Rasa dan kalau nak lebihkan garam atau pepper boleh tambah.Masukkan dalam bekas, cover dgn cling plastik dan simpan dalam peti sejuk sejam
Bila dah sejuk, tuang melted butter from D and sprinkle with extra pistachio.Saya parut sikit cheedar cheese. Cover and chill again. Take out 15 minutes before serving.
Pate boleh dimakan dengan biskut kering atau melba toast atau any type of toasted bread.Dont't worry, walaupun hati ayam..anda takkan perasan bila dah masak menu ni.
Sekarang ni kuih raya dibuat tak kira masa. Tak perlu tunggu musim perayaan anda boleh menikmatinya . Orang jual dalam pack mampu dibeli. Sebab teringin, saya jumpa resepi ni di Blog Citarasawan


Tart Nenas
220g anchor butter
80g ising sugar

1 kuning telur
100g tepung jagung
20g susu tepung
230g tepung gandum

inti nenas, gentel 4g each.

Putar butter dan ising sugar sekejap, masukkan semua bahan lain. Gaul jadikan doh. Rehat dalam peti ais sebentar. Canai dan terap


Bake 140'c selama 30min



Kalau tengok drama korea, Orang korea suka sangat ayam goreng. Ayam mereka digoreng dan disalut sos pedas. Ni versi saya. Tapi rasanya mcm stail mexican sahaja.

Ayam goreng stail korea

15 pcs drummet n wings ayamas. goreng mcm biasa

sos perapan

6 tbsp sos cili brand life
3tbsp madu
3 tbsp hot sos- tobasco. extra pedas tambah lagi.
satukan semua jenis sos dan.madu. letakkan ayam tadi atas dulang pembakar yg dialas dgn aluminium. berus sos.campuran tadi. bakar dengan.suhu 160.darjah selama 15min. dah siap susun kat pinggn dn tabur bijan



Menu ni hanya popolar di kedai makan sekitar Kluang Johor. Kalau anda biasa makan nasi paprik. Nasi ujang ni heronya cili api. Pedas lagi best. Tiada sos cili or tomato. Kegemaran sedara mara saya di Kluang.

Nasi Ujang
seekor ayam potong kecik kecik. gaul dengan garam dan kunyit. goreng api sederhana)
2 labu bawang putih
1 1/2 inci halia
15 biji cili padi. suka pedas bole tambah
1 1/2 inci halia (hiris batang mancis)
5 biji cili api (ketuk)
2 -3 biji bawang holland (hiris)
2 biji buah tomato dadu kasar
1 batang lobak potong kecik (optional)
1 mangkuk kecil sos tiram
1tbsp chicken stok seasoning(optional)
1 tsp serbuk lada hitam
300ml air
minyak untuk menumis

Tumbuk bawang putih, cili api dan halia.
-panaskan minyak.
-tumis halia yg dihiris. masukkan bahan tumbuk.
-masukkkan bawang besar, tomato, cili api ketuk dan lobak
-masukkan sos tiram dan stok ayam dan serbuk lada hitam tumis
-masukkan air dan ayam
tambah air jika perlu. kalau terlebih air bole pekatkan kuah dengan tepung jagung.
tak perlu garam
serve dengan nasi putih.