May 20, 2014


Neber hujung bagi daun kaduk. Selain dari masak lemak, menu Mieng Kham ni terlintas di kepala.
Buat sos senang sahaja. Bahan-bahan untuk dimakan bersama pun ada kat rumah. Mieng Kham ni banyak khasiatnya. Menu dari Thailand. Best kalau makan berjemaah.

Resepinya:
daun kaduk basuh dan lap.

sos
150g gula melaka
30g bawang besar @ 1biji sedang
1 inci lengkuas
1/3 cawan kelapa hawai (bakar sebentar)
2 tbsp fish sos
1 cawan air
2 batang cili api
1 1/2 tbsp tepung jagung


-masakkan gula merah, air bersama hirisan bawang, cili api dan lengkuas. masukkan fish sos.
-bila mendidih masukkan kelapa hawai.
biarkan sejuk. blend semua bahan dan tapis.
-didihkan kembali dan akhir sekali masukkan tepung jagung dan kacau sehingga mendidih

Cara hidangan:
gulung daun kaduk seperti kon. cucuk dengan pencungkil gigi.
serve dengan isi bahan ni :
-kelapa hawai. saya panggang dalam oven
-udang kering sangai
-kacang goreng (cincang kasar)
-bawang merah dadu kecil
-limau nipis (dadu isi)
-halia dadu kecil (saya tak bubuh)
last curahkan sos dan balut macam makan sireh.
resepi ni sedap pakai isi kelapa yg dihiris kasar dan dibakar. saya guna kelapa hawai sbb stok banyak.

Tagged:

2 comments: