May 8, 2014



Kalau tak der lauk, makan nasi dengan acar ikan masin sahaja dah sedap. Simpan stok untuk hari hari lain. Bulan puasa boleh simpan stok. Saya suka masak acar ni sebab satu rumah bau wangi. Ni resepi yg saya buat untuk makan sendiri. Kalau untuk meniaga tu saya tak pasti macam mana nak adjust ketahanan dia. selalu saya simpan sebulan ajer lepas tu habis.

Acar Ikan Masin Talang

250g isi ikan masin talang (rendam , tos tukar air beberapa kali dalam sejam lebih)
minyak secukupnya utk goreng ikan

Bahan tumbuk/kisar
3 biji bawang besar
2 inci halia
2 inci kunyit hidup

rempah
1 tbsp ketumbar
1 tbsp jintan putih
1 tbsp jintan manis
(sangai dan kisar)

2tbsp cili kisar
1 tsp serbuk kari
1 tbsp biji sawi
2 batang daun kunyit
3/4 cawan cuka
1/2 cawan air
2 tbsp gula
1 1/2 cawan minyak (boleh tambah ikut suka)

hiasan
12 biji cili api
10 biji bawang merah kecil
5 biji bawang putih

Cara membuatnya:
-Panaskan minyak. Goreng ikan masin sebentar. Angkat dan tos
-tukar minyak baru, masukkan 1 1/2 cawan minyak.
-Tumis bahan kisar spt bawang, halia dan kunyit. Masukkan daun kari.Tumis sehingga wangi.
-Masukkan rempah kisar dan cili kisar tumis sehingga terbit minyak.
-Masukkan cuka, gula dan air. Masukkan bahan hiasan spt bawang merah, bawang putih dan cili api.
-Akhir sekali masukkan ikan masin. Rasa dan adjust ikut suka.
-Masak acar ni kena ada masam cuka dan manis gula. Kalau perlu tambah garam



Tagged:

0 comments:

Post a Comment