Sep 25, 2012

Last weekend memang minggu steamboat. Hari sabtu lepas hantar kek kat Shah Alam ternampak restoren ni Tupai-tupai. Alamat dia No 2, Jalan Lompat Tinggi,13/33 Seksyen 13,40100, Shah Alam.Selangor.Tel/Fax : 03-51262525. Sinibuffet dia RM29.90 dewasa,kanak-kanak RM15. Buffet dia berbaloi sebab selain steamboat kita boleh makan makanan lain seperti aneka mee goreng dan nasi goreng, sandwich, kuih, sup, buah-buahan yang penting pilihan air ada 4 jenis , semua sedap-sedap. Tempat sini santai, relax, sesuai untuk buat small gathering. Selesa sungguh la. Untuk steamboat, pilihan sup ada 3, sup ayam, tomyam dan tomyam kelapa. Sempat call adik dan akak ajak datang sini lagi esoknya.

Gambar lain tak sempat snap, almaklumla bz makan



Esoknya,seperti dah dijanji dengan adik dan kakak,kami nak ke sini lagi. Tapi husband kata kat depannya ada satu lagi tempat best, d'kayangan steamboat & bbq, Sri Acapella Service Apartment, Jalan Lompat Tinggi, Shah Alam, Selangor, Malaysia. Sini murah sikit, dewasa RM21.90, kanak-kanak RM10 (harga promo). Pilihan makanan banyak, orang pun banyak. Tapi, bila dah ramai orang tu, kualiti makanan tak terjaga. Lalat banyak dan lambat refill. Memang tak terkawal agaknya. BBQ ada kambing tapi semua bbq tu keluar sikit-sikit dan cepat habis. Kalau nak pergi jangan pergi weekend dan hari orang gaji kot. Minuman kat sini tak boleh nak lawan kat tupai-tupai. Kalau nak berkumpul dengan suasana  tenang, relax, rasanya tupai-tupai lagi best.Tapi tu pendapat saya, masing-masing ada pendapat yg berlainan. 


Seperti biasa, tak sempat snap pic food, sebab orang ramai, kat meja kami penuh pinggan berselerak, tu pun sebahagian adik tolong angkatkan. Staff sini pandang ajer .


Kenapa namanya selera malaysia ?sebab tak pakai korean chili flakes. Iyalah orang kat luar KL bukan senang nak dapatkan bahan ni. Cilipowder babas pun boleh tapi lynn tambah sikit dried chillies flakes yg ada jual kat giant..buat sendiri pun boleh. Pakai cili kering.

Cara nak buatnya ada kat google ni, search ajer video buat kimchi. Tapi ada beberapa versi, confius lynn.Last week lynn tengok di KBS world nampak simple,tak ada campuran rice glue lansung. Kalau kat internet mereka pakai rice powder , masak dengan air,jadi macam glue. Lynn guna kaedah paling simple, sbb rice powder mana la nak dapatkan.

1. Mula-mula sediakan bahan

-800g @ 2 kerat chienese kobis
-separuh lobak putih (lepas dimayang halus lebih kurang 1 mangkukkecil)
-3 helai daun bawang
-1 mangkuk kecil garam kasar (abaikan picni..sebenarnya garam kasar lagi elok, lynn gunakan garam halus sbb tu ajer yg ada)
-2 tbsp serbuk cili babas
-2 tbsp dried chillies flakes
-3ulas bawang putih
-1 inci halia
-1 cawan air masak
-2 tbsp serbuk ikan bilis agromas
-3 tbsp gula
-1/3 cawan sos ikan
-1/3 cawan nasi sejuk

lepas  dihiris anggaran lobak putih tu dapat 1 mangkuk kecil, sos tiram tak pakai ya

Cara membuatnya.

1. Kobis takperlu basuh dulu ya.Sediakan besen besar,Taburkan garam kasar di setiap lapisan kobis . Jangan risau masin ya! Tu antara prosesnya.Tak perlu habiskan 1 mangkuk garam. Masukkan air paip dalam besen sehingga menutupi semua kobis


Letak mangkuk dan bubuh air sebagai pemberat. Biarkan kobis terendam beberapa jam.Saya rendam 4 jam ajer, ikutkan 6 jam

2. Dah 4 jam, buang semua air,barukita basuh kobis betul-betul (tadikan kita tak basuh). Kalau boleh bilas2-3kali. Tos dan biarkan seketika,nak perah pun boleh.

3.Sediakan bahan perapan. Mula-mula kita buat rice glue. Ambil 1/3 cup nasi (jgn nasi panas-panas tau)masukkan dalam blender, Masukkan  1 cawan air masak, 2 tbsp serbuk ikan bilis agromas, bawang putih dan halia. Blend sampai hancur.

  yang belakang blender tu la serbuk ikan bilis

4.Masukkan bahan blender tadi dalam mangkuk. Bubuh serbuk cili, dried chili flakes (kalau korang jumpa korean chiliflakes,lagi ok) . Kalau tak tahan pedas, jangan bubuh semua, adjust ikut suka. masukkan gula, dan sos ikan ,kacau rata




5.Dalam bekas besar,masukkan kobis yang dah tos,daun bawang, lobak putih dan sos perapan. Lumurkan di celah-celah kelopak kobis dan kesemua tempat..Waktu ni dah boleh rasa,nak pedas ke nak manis boleh adjust. Masin disebabkan sosikan,kalau nak adjust,jangan bubuh semua.Tapi kmchinikena masin sikit sebab nanti bila dia naik masam, rasa masin tu akan blend
pesanan -pakai sarung tangan ya,kalau tak tangan pijau macam lynn

6. Dah siap,simpan dalam bekas bertutup. dah tutup tu, cover penutup dengan tuala. Biarkan semalaman di tempat gelap (saya simpan dlm kabinet). Keesokkan harinya kimchi akan lembut,bau nak naik, adunan akan mula berair.Pindahkan ke bekas lain dan simpan peti ais

kimchi dah siap,tengok,banyakkan airnya.Jadi lynn pindahkan kedalam bekas
lain sebelum masukpeti ais,ambik separuh shj airnya

Kimchi tahan berbulan lamanya dalam peti ais.Serve sejuk sebagai side dish, macam korang makan sambal belacan. Makan dengan nasi goreng lagi menaikkan selera.

Ada cara lain..omit air masak dan nasi yg blend tu...kalau tak ada ni sebagai rice glue, boleh juga tapi nak ratakan semua bahan kurang melekat.

Kalau nak buat kimchi sup pun boleh, nanti lynn buat lain entry





Sep 21, 2012



ini bukan lasagna..tapi my hubby cakap macam lasagna..siap bagi 5 star lagi (cewah perasannya...).
yg ni lynn reka ikut selera dan bahan yg ada.....try laa...mmg fully recomend, sedap..lepas ni tak pandang lasagna kat secret receipe...

inti
1 biji bawang bombay (dipotong dadu)
2 ulas bawang putih (diketuk dan dicincang)
1 pek (400g) minced chicken RAMLY
50g pizza sos powder (bancuh dgn air sampai pekat)

1 buku roti (dibuang kulit)
3 slice chicken ham didadu
chedar cheese dan mozarella cheese (yg diparut)
sedikit oregano leaf

3 biji telur
250ml fresh milk
(pukul telur bersama dgn susu segar)

cara membuatnya
tumis bawang besar dan bawang putih. Masukkan ayam cincang RAMLY. Masukkan sos pizza. Masak sampai sedikit kering.

sediakan loyang 4 segi 9" or 10". Alas dengan parchment paper. Celup roti dalam bancuhan telur dan susu. Susun 4 slice dalam loyang. masukkan inti ayam tadi. Ratakan. tabur chicken ham yg didadu. tabur sedikit cheedar cheese dan mozarella cheese. Buat lapisan kedua, ulang proses tadi. Akhir sekali, tutup dgn roti yg dicelup bancuhan telur tadi. Tabur sedikit mozarella cheese dan sikit oregano leaf. Bakar api 180" selama 30 min.
Kalau rumah lynn dekat dengan Jaya Jusco ke, cold storage, mau stok swiss brown mushroom takputus.Kalau pergi supermarket memang suka beli ni. Senang nak buat pasta aglio olio, goreng dengan ayam dan semestinya masukkan dalam telur dadar Kimi.Semalam cuaca mendung, nak pergi pasar malam malasnya. Untuk dinner,lynn gunakan apayang ada dlm peti ais. Cendawan ada 3 biji, isi ayam ada 1 1/2 isi dada, ada 2 jenis lada benggala. Apa lagi,lynn suka masakan ala-ala sos tiram . Kalau kat thailand, memang masakan sana banyak gunakan sos tiram.

3 tbsp minyak masak
4 biji bawang putih (titik /ketuk)
2 inci halia (hiris nipis)
1 tsp lada hitam
Isi ayam yang dipotong kiub  (lynn gunakan dlm 200g bahagian dada,anggaran 2 breast fillet yang dipack kat supermarket)
6 tbsp sos tiram
1 mangkuk kecil air
3 biji- 4biji cendawan swissbrown (potong 4)
1/2 biji lada benggala hijau (hiris bulat dan potong dua)
1/2 biji lada benggala merah (hiris bulat dan potong dua)
1 biji bawang holland (mayang bulat)
garam secukup rasa.

tambahan 2 tbsp tepung jagung yang dibancuh dalam 1 mangkuk kecil air

-Panaskan minyak
-Tumis bawang putih, halia sampai masak. Masukkan lada hitam.
-Masukkan cendawan dan tumis sampai cendawan separuh masak.
-Masukkan sos tiram dan 1 mangkuk kecil air
- Masukkan isi ayam dan masak sehingga ayam masak.
-masukkan hirisan lada benggala dan bawang.
-perisakan dengan garam.Masak sebentar
-Akhir sekali,masukkan bancuhan tepung jagung tadi dan biar masakan pekat sedikit dan tutup api.



Hari ni nak ada sedikit kuah dalam hidangan. Masa dah suntuk, anak dan husband dah nak balik. Last-last keluar idea buat tomyam ayam. Lynn suka masakan ringkas, yg semua campakdalam periuk dah siap macam singgang ikan, asam rebus. Tapi kalau husband dan kimi mmg tak pandang lauk-lauk macam ni. Kalau tomyam Kimi suka. Ni resepi yang shortcut, cepat disiapkan tapi walaupun nampak simple, rasa tu yg no 1. Rahsia tomyam ialah lengkuas. Kalau bubuh banyak,boleh pahit tau.

Tomyam ayam

Bahan A
350g ayam dipotong kiub sederhana
3 kiub tomyam maggi
1 1/2  inci halia (hiris nipis)
1 1/2 inci lengkuas (titik / ketuk)
1 batang serai (titik / ketuk)
4 biji bawang putih (tumbuk halus)
6 mangkuk kecil air
2 tbsp sos tomato
1 1/2 tbsp perahan air limau nipis
1 daun limau purut
6 biji cili api (titik/ketuk)
separuh biji lobak merah (hiris bulat)
Garam (saya tak bubuh lansung)

Bahan B
1 biji tomato (potong 4)
1 batang saleri
 1 bawang besar (dimayang bulat)
3 helai daun ketumbar
3 biji cili api dipotong tiga

Didihkan kesemua bahan A. Bila ayam dah masak,lobak dah lembut,masukkan bahan B. Masak sehingga bawang layu sedikit, dan tutup api.

Sep 20, 2012


Harini seharian keluar, beli barang, jumpa orang, lepak pekena baked pasta kat papajohn...suka makan kat sini sbb ada jeruk jaepelo chilli. Kebetulan kat supermarket tadi, beli sedikit barang untuk dinner. Beli kupang. Korang pernah basuh isi kupang tak? kalaupernah,confirmkorang tak nak makan kat kedai. Cara kita basuh kan lain, selak sana  sini. Orang johor suka sambal,favourite lynn,apa-apa lauk masak sambal.Petua masak sambal yg sedap ialah bawang secukupnya . Lynn prefer tumbuk kasar,sebab  kalaumakan tu terasa bawangnya. Dan yg penting, cili kena masak sempurna. Biar pecah minyak betul-betul baru warna yang terbit cantik. Apa-apapun, masak kena dgn hati yg ikhlas, bilamasak, bayangkan suami dan anak menikmatinya dengan selera.Ops,lynn kalau masak suka shortcut..kalau masak sambal beli ciliboh siap, sbb boleh adjust. Tapikena control penggunaan air asam jawa,sbb dlm ciliboh ada masam sikit

Sambal Kupang (anggaran 5 org makan)

1 paket frozen kupang (berat anggaran 400g)
6 biji bawang merah
4 biji bawang putih
1 bungkus ciliboh kecil (200g)
sedikit serbuk belacan (anggaran 2 goncangan)
1 mangkuk kecil airasam jawa cair (lynn bancuh 1tbsp asam jawa)-
1 biji bawang besar (mayang bulat)
garam secukup rasa.
4 tbsp minyak untuk menumis

-Tumbukkan bawang merah dan bawang putih (kalau malas guna blender).
-Panaskan minyak. Tumis bawang merah dan bawang putih yang ditumbuk tadi. Tumis sampai wangi.
-Masukkan cili boh dan tumis sampai pecah minyak.
-Masukkan isi kupang dan serbuk belacan tadi. Gaul mesra
-Masukkan air asam jawa, perisakan dengan garam.Saya masak sambal tumis jarang bubuh gula.
-Masukkan hirisan bawang besar yang dimayang
-Bila kupang dah masak dan mesra dengan sambal,tutup api

*** mangkuk kecil tu saiz apa ya? korang pernah makan nasi ayam kat kedai tak? mangkuk sup tula lynn gunakan utk sukat air dlm masakan.


Sep 19, 2012


Kalau pekena botok ikan dengan nasi panas,memang tak toleh kiridan kanan. Sedap botok ni terletak pada kekuatan rempah.Kalau rempah dimasak sempurna, cukup rasa,memang sedap. Menu ni terkenal di johor. Lagi-lagi time puasa,banyak dijual di pasar ramadan.

ni resepinya


Untuk rempah 

1-2 biji bawang besar
4 ulas bawang putih
seinci halia
seinci lengkuas
2-3 biji buah cekur
1-2 batang serai.
2 batang cili api
(hiris semua bahan dan masuk dalam mesin pengisar, blend halus-saya tumbuk semua bahan )
sedikit minyak untuk menumis
sebungkus rempah kari baba's
1/2 kotak santan kecil
2 sudu besar cili boh
2-3 sudu besar kerisek
sedikit air asam jawa
daun kunyit dihiris
garam secukup rasa.

Panaskan minyak, tumis bahan yang dikisar sampai naik bau. Masukkan cili boh , rempah kari dan  kacau. Masukkan santan ,air asam jawa. Kacau sebati. Akhir sekali masukkan kerisek, perisakan dengan garam dan tabur daun kunyit. Pes kenalah pekat. Kalau kurang pekat tambah kerisek. Bila masak, biarkan sejuk

Ikan tengiri dibasuh dengan air asam jawa.

Layukan daun pisang. Susunkan pucuk ubi kayu, daun kaduk (daun kaduk ni lynn potong 3), letakkan rempah tadi. Letakkan 1 hiris ikan tenggiri dan letakkan rempah lagi dan akhir sekali daun pucuk ubi dan daun kaduk.Bungkus botok dan kukus sampai masak. Lynn kukus pakai periuk trio selama 50min.

**kalau ada boleh tambah apa-apa daun seperti daun cekur dsb. Lynn pakai daun ubi kayu dan daun kaduk ajer)  
ni mixer yg dalam wishlist lynn. Ada 2 barang yang belum dapat dipenuhi hajat. Nak beli cash mixer ni memang tak mampu. Harga pasaran localsahaja RM2700+++...yang ni lynn join skim kutu kitchen aid yg organizer dia Sue Aleen. Harga RM1500++, harga batch baru tak sure. Yang pink tu lynn join skim kedua, sampaimalaysia sebelum raya. Yang empire red tu lynn join dec tahun lepas,dapat bulan 2. Siapa berminat, boleh add kat fb Sue Aleen or page dia http://www.facebook.com/pages/Suealeens-Gifts-Things-Boutique/284876831581868

Capacity mixer ni tak besar 4.7L sahaja. Cukup buat adunan kek dalam 1.5 resepi. Dari segi performance, of course yg heavy duty lagi power. Tapi lynn suka kitchen aid ni tang nak buat cream, spt buttercream yang berasaskan gula ising,kejap ajer masa diperlukan.

Sep 18, 2012

Salam perkenalan kepada sesiapa yang baru jengah blog ni. Lynn dah remove semua entry dalam blog ni. Blog ni nak renovate jadi blog santai . Siapa saya? saya lynnhassan. Owner kepada mysugarclass,studio yang menawarkan kursus-kursus bakery kepada peminat cake decoration.Studio saya terletak di saujana utama sg buloh. Disamping itu, saya juga menerima  tempahan kek.Pelanggan setia saya ialah customer yang repeat order beberapa kali. Siapa yang join kelas saya tentu tahu betapa saya pentingkan kualiti nahan yang digunakan untuk kek. Walaupun mahal tetapi kualiti kek kena jaga, sebab itulah kita dipanggil homemade baker.

Disamping suka buat kek,saya juga sukamemasak. Insyallah dalam blog ini saya akan share resepi saya yang sedap-sedap. Tips untuk masakan yg sedap ialah, masakdari hati yg ikhlas.Anda boleh dekati website saya http://www.mysugarclass.com untuk jadual dan gambar kelas. FB saya add Lynn Hassan, ops friendlist dah full..sabar ya..saya akan kemaskini kemudian.