Sushi

anak buat request sushi. Kalau bawa ke sushi king, mau parah nak bayar...buat sendiri baloi..just guna 1 tin tuna in water, dah dapat banyak roll..semalam buat saiz kecik, boleh habis 1 bungkus seweed. Banyakkan!!

Kalau orang tak tak makan sushi, don't worry, lynn kan suka buat resepi yang mana orang tak boleh makan, bole terimanya.. Sebab sebut nama sushi, semua bayangkan food ni yg mentah, ikan mentah. Macam lynn dan family, kami makan yg ada tuna, egg fish, crab stick n timun sahaja. Ni resepinya, cara buatnya, kat you tube ada. Kalau nak belajar dengan lynn, boleh ajer set time, bahan bawa sendiri..kejap ajer buatnya

cara masak nasi sushi

1 cawan beras sushi
2 cawan air.
Masak nasi macam biasa. Masukkan 3 cawan nasi tadi kedalam mangkuk, tambah 4-6tbsp cuka sushi , sedikit garam dan gula.(cuka sushi tak ada, pakai ajer apple cider heinz, tapi cuka sushi lagi ada flavour)

inti
crab stick (rebus sebentar) (nanti carik memanjang)
timun jepun (potong jejari panjang, rendam dgn air garam)
tuna in water

cara masak tuna:
Dalam kuali, titiskan beberapa drop minyak zaitun/minyak masak,tumbuk 2 ulas bawang putih, curahkan 1 tin isi tuna (tos air dulu). Masukkan 1 tbsp sos tiram, sedikit garam n gula, black pepper. Angkat dan biar sejuk.

roll sushi dgn seaweed, standby air dalam mangkuk kecil, kerana proses nak roll ni sticky sikit..tangan kena basah. Nak potong pun pisau kena celup dengan air panas. cara nak roll ada dlm you tube, search ajer. Makan dgn soya souce (brand kkikoman sedap) + wasabi





1 comments:

Deena Yahya said...

Knp saya x pernah terfikir nk buat sushii sendiri ek..thnx lunn for sharing the recipw..mana tau satu hari saya blh try jugak... ;) sushi ni faveret anak gadis saya..

Post a Comment


up