Sep 25, 2012

Last weekend memang minggu steamboat. Hari sabtu lepas hantar kek kat Shah Alam ternampak restoren ni Tupai-tupai. Alamat dia No 2, Jalan Lompat Tinggi,13/33 Seksyen 13,40100, Shah Alam.Selangor.Tel/Fax : 03-51262525. Sinibuffet dia RM29.90 dewasa,kanak-kanak RM15. Buffet dia berbaloi sebab selain steamboat kita boleh makan makanan lain seperti aneka mee goreng dan nasi goreng, sandwich, kuih, sup, buah-buahan yang penting pilihan air ada 4 jenis , semua sedap-sedap. Tempat sini santai, relax, sesuai untuk buat small gathering. Selesa sungguh la. Untuk steamboat, pilihan sup ada 3, sup ayam, tomyam dan tomyam kelapa. Sempat call adik dan akak ajak datang sini lagi esoknya.

Gambar lain tak sempat snap, almaklumla bz makan



Esoknya,seperti dah dijanji dengan adik dan kakak,kami nak ke sini lagi. Tapi husband kata kat depannya ada satu lagi tempat best, d'kayangan steamboat & bbq, Sri Acapella Service Apartment, Jalan Lompat Tinggi, Shah Alam, Selangor, Malaysia. Sini murah sikit, dewasa RM21.90, kanak-kanak RM10 (harga promo). Pilihan makanan banyak, orang pun banyak. Tapi, bila dah ramai orang tu, kualiti makanan tak terjaga. Lalat banyak dan lambat refill. Memang tak terkawal agaknya. BBQ ada kambing tapi semua bbq tu keluar sikit-sikit dan cepat habis. Kalau nak pergi jangan pergi weekend dan hari orang gaji kot. Minuman kat sini tak boleh nak lawan kat tupai-tupai. Kalau nak berkumpul dengan suasana  tenang, relax, rasanya tupai-tupai lagi best.Tapi tu pendapat saya, masing-masing ada pendapat yg berlainan. 


Seperti biasa, tak sempat snap pic food, sebab orang ramai, kat meja kami penuh pinggan berselerak, tu pun sebahagian adik tolong angkatkan. Staff sini pandang ajer .


Tagged:

1 comment:

  1. Hi, nak share info. Shabu One, Lot10 ada promosi buffet stimbot RM20/pax je. Free drinks & dessert. Utk maklumat lanjut, bleh lawat website kami http://www.jvbuyer.com.my & scroll ke bawah utk Shabu One Deals. Promosi ni open for 2 weeks only. Thanks ..

    ReplyDelete